Penilaian Risiko Rasuah/ Corruption Risk Assessment (CRA)

Penilaian Risiko Rasuah (CRA) yang berkesan boleh membantu syarikat mengenalpasti area yang mempunyai potensi risiko rasuah yang tinggi. Apabila area yang berisiko tinggi ini telah dikenalpasti, syarikat akan mewujudkan pelan tindakan sebagai langkah pencegahan untuk menangani risiko rasuah yang bakal dan akan berlaku.

CRA akan disesuaikan ke dalam rangka kerja Pengurusan Risiko  Syarikat. Ia membantu menangani potensi risiko rasuah yang akan memberi kesan yang significant terhadap objektif strategik syarikat.  CRA akan dilaksanakan selaras dengan rangka kerja Tadbir Urus, Risiko Rasuah dan Pematuhan. Kami akan merekabentuk pendekatan pelaksanaan CRA selaras dengan keperluan Garis Panduan Tatacara Mencukupi iaitu mengambilkira penglibatan Pengurusan Tertinggi serta menunjukkan komitmen terhadap pencegahan rasuah dan membina budaya etika dan integriti.

Kami akan membantu syarikat dalam segala hal, bermula dengan sesi Perundingan awal & Kesedaran, dan perkongsian, sehinggalah menggabungkan rangka kerja pengurusan risiko rasuah, membangunkan profil risiko dan pelan tindakan, menganjurkan program advokasi dan pembinaan kapasiti pelanggan kami.

Related Posts