Documentasi berkaitan Anti-Rasuah / Anti-Bribery & Anti- Corruption Documentation

Pada 2018, Garis Panduan Tatacara Mencukupi telah dilancarkan oleh Pusat Tadbir Urus, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC). Garis panduan itu dikeluarkan menurut subseksyen (5) seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), seperti yang dinyatakan dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Pindaan) 2018.

Matlamat Garis Panduan Tatacara Mencukupi adalah untuk membantu organisasi komersial memahami apakah prosedur yang mencukupi untuk dilaksanakan bagi mengelakkan berlakunya amalan rasuah berhubung dengan aktiviti perniagaan mereka. Garis panduan ini digubal berdasarkan lima (5) prinsip, yang boleh digunakan sebagai titik rujukan untuk dasar, prosedur dan kawalan antirasuah yang dipilih oleh organisasi untuk dilaksanakan di bawah peruntukan berkanun di atas.

  1. Top Management Commitment;
  2. Risk Assessment;
  3. Undertake Control Measure;
  4. Systematic Review, Monitoring and Enforcement; and
  5. Training and Communication.

Kemudian kami akan membantu syarikat untuk melakukan Gap Analisis dan melihat melalui pelaksanaan 5 prinsip prosedur yang mencukupi T.R.U.S.T dan pelaksanaan seterusnya di seluruh syarikat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.