Analisis jurang atau Gap Analysis adalah proses untuk mengenal pasti perbezaan antara piawaian yang telah ditetapkan (contohnya MS ISO 37001:2016) dan garis panduan tatacara mencukupi dengan apa yang dilaksanakan oleh suatu organisasi. Langkah-langkah yang dilakukan dalam analisis jurang berdasarkan MS ISO 37001:2016 dan Garis Panduan Tatacara Mencukupi adalah seperti berikut:
- Menyemak polisi dan prosedur yang sedia ada di dalam syarikat;
- Melakukan sessi temuduga dengan pemilik proses atau aktiviti;
- Menentukan jurang (gap) yang ada; dan
- Membuat cadangan utk menutup jurang.